rinaajri.com

What is in my mind..

Thank You

March28

Thanks you for visiting my blog..skrg ni masih lg beristirehat untuk memblogging. Teramat la malas untuk mengarang..Tunggu la kalau ada cerita yang betul2 menarik. Thanks again..

Peace!! 

Facebook Twitter

Malaysia Juara Bola Sepak Sukan Sea 2011!!!

November22

Stadium Bung Karno menjadi sunyi sepi apabila Malaysia menjuarai dalam acara Bola Sepak Sukan Sea 2011. Kejuaraan tahun 2009, 2 tahun lalu berjaya dipertahankan Pasukan Harimau Malaya. Skuad Ong Kim Swee sekali lagi menundukkan Skuad Garuda. Tahniah Harimau Muda!!!

Jaringan pertama daripada Indonesia, Gunawan D.C pada minit ke 5

Jaringan daripada Malaysia,  Asraruddin Putra Omar pada minit ke 35

Jaringan Penalti (saat permainan yang mencemaskan fuhhh)

Keputusan:

Malaysia 1 – 1 Indonesia, (penalti 4-3)

Walaupun mungkin ada segelintir yang kurang berpuas hati dengan Fakri, tapi kita harus ingat semasa semi final siapa yang kasi gol hehe..kalau bukan kerana Fakri mungkin kita tidak akan Final dan menjadi juara!!! uikk macam pengulas sukan pula aku tau heheh..

Tahniah Sekali lagi buat Skuad Harimau Muda!!!

Salam Sayang,

Signature

Facebook Twitter
posted under Isu semasa | No Comments »

Sampai Disini

November11

Lirik Lagu Sampai Di Sini – Misha Omar

Sampai di sini,
berat kaki melangkah..
Memburu mimpi yang tidak lagi bernyawa..

Kerana hati kasih,
enggan lagi bersama..
Biarlah rindu bersemadi dalam jiwa..
Sampai di sini kasih,
gelora cinta yang terindah..
Walau di hati pedih, aku merana..
Tersungkur aku dalam luka,
bila cinta yang di bina hanya untuk dipersia-sia..
Biar aku yang merasai kesan pilu dalam hati seandainya engkau mahu, bersama dia..

Sampai di sini takdir untuk bercinta..
Asmara ini tidak lagi kesampaian..
Selamat tinggal kasih..
Ucapkan perpisahan..
Biarlah cinta ini menjadi kenangan..

Best Song!!!

Salam sayang,

Signature

Facebook Twitter
posted under Artis | No Comments »

11.11.11

November11

Satu angka yg menarik kepada yang bernikah saya ucapkan selamat pengantin baru dan kepada yang birthday hari ini saya ucapkan happy birthday. Kepada semua rakan-rakan semoga tarikh ini mendapat rahmat daripadaNya. Amin…

Salam sayang,

Signature

Facebook Twitter

Salma Mentor 5 Yang SUPERB!!!

November1

Lagu ni amat best. Mungkin bagi korang sudah ‘basi’ dengar lagu ni, tapi bagi aku TIDAK!!! Penyanyi itu ialah Salma yang berasal dari Tawau, Sabah. Suara Salma memang POWER. Antara ramai artis yang mengikuti racangan realiti TV, Salma adalah yang paling SUPERB!!! Untung Erra Fazira kerana memiliki seorang Protege yang baik sekali. Ini adalah single lagu Salma yang bertajuk Aku Permata. Enjoy!!!

Erra Fazira & Salma

Beliau juga boleh membawakan lagu English. Sebutannya pun boleh tahan. Lagu yang paling aku suka semasa dalam Mentor 5 iaitu Listen. Meremang bulu roma aku. 

I Love Your Voice Salma!!! Cepat-cepat buat album ya :mrgreen:

Salam sayang,

Signature

Facebook Twitter
posted under Artis | No Comments »

Filem Ombak Rindu

October31

Last weekend hari tu, aku ada nampak trailer filem Ombak Rindu. Filem ini diadaptasikan dari novel Ombak Rindu, pengarang Fauziah Ashaari. Sebelum ni ada beberapa filem yang diadaptasikan dari novel seperti Lagenda Budak Setan, Kasih Yang Suci (drama Nora Elena) dan Stanza Cinta dan sekarang pula Ombak Rindu. Semuanya best!!! Ditambahkan lagi dengan pelakon-pelakon yang Superb!!!

Trailer Filem Ombak Rindu

Lagu Untuk Filem Ombak Rindu

Disini adalah sinopsis Ombak Rindu:

“IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?”

Antara pelakon-pelakon dalam  Filem Ombak Rindu adalah seperi Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.

Filem ini bakal ditayangkan pada 1 Disember 2011. So jangan ketinggalan untuk menonton filem ini di pawagam yang berhampiran.


Salam Sayang,

Signature

 

Facebook Twitter

Telefon bimbit Samsung Galaxy Skin Mampu Melengkung

October27

TELEFON bimbit Galaxy Skin daripada Samsung merupakan telefon berteknologi yang sangat fleksibel dan boleh dilengkungkan.

Syarikat Samsung telah mendemonstrasikan skrin mudah bengkok AMOLED yang berukuran 4.5 inci lebar dan hanya 0.3mm tebal pada Januari tahun ini.

Laporan sebelum ini memberitahu bahawa telefon bimbit yang boleh “digulung” dan tahan pukulan tukul – akan muncul pada pertengahan tahun hadapan.

Teknologi itu bergantung kepada lapisan atom tebal “graphene” – kepingan atom karbon – yang dihimpit bersama, melindungi satu lapisan “skrin” cecair kristal.

Pada awal tahun ini, satu laporan mendedahkan yang Samsung mempunyai keupayaan untuk menghasilkan skrin itu dalam jumlah yang besar pada “awal 2012″ – tetapi tiada sesiapa yang mengetahui untuk apa skrin itu digunakan.

Laporan yang lain pula menyatakan bahawa telefon bimbit itu akan menawarkan banyak spesifikasi termasuk skrin AMOLED fleksibel beresolusi-tinggi berukuran 800×480, kamera lapan megapiksel dan 1Gb RAM serta pemproses 1.2GHz.

Spesifikasi tersebut hampir serupa dengan spesifikasi model terkini Samsung, Galazy S II.

Samsung tidak membuat pengumuman rasmi mengenai produk itu, walaupun ternyata mereka boleh menghasilkan teknologi sedemikian.

Bagaimanapun, Galaxy Skin dipamerkan secara terbuka pada awal tahun ini.

sumber: mynewshu.com

Hebat lah HP ni. Aku suka!!! Tidak tau betul ka tidak ni kan. Kalau betul lah agak-agak berapalah harga Hp ni? Mesti mahal kan. Sedangkan hp Samsung Galaxy S II pun sudah mahal, ni kan pula Samsung Galaxy Skin yang boleh dilipat-lipat. Tunggu lah kemunculanya di tahun 2012!!!

Salam sayang,

Signature

 

Facebook Twitter

Lipstick Rare Exotic Semi-Matte Limited Edition

October27

Salam :mrgreen:

Tiba-tiba ada sedikit rajin mau coret-coret diblog ini setelah sekian lama tidak update. Macam sdah jd sarang labah-labah blog ni tau hehe..Bukan apa aku tidak ada cerita yang menarik mau di share. Kalau gosip-gosip tu byk lah hahaha…oppsss

Ok lah kali ni aku mau share barang yang aku baru beli semalam. Lipstik dari M.A.C :mrgreen: Color lipstick tu Rare Exotic Semi-Matte Limited Edition Harga RM68. Lawa siot..biasalah color pink. First time pakai yang jenis matte punya. Macam ringan ja rasa ewahh hehe..berbanding dengan yg ada glossy2 punya, jenis matte ni color lipstick yang susah mau tanggal dari bibir. Ada jg la tanggal sikit2. Kira jimat juga lah pakai yg matte kan sebab tidak payah balik2 pakai.  Sebelum ni pun pakai lipstick dari M.A.C juga. Kira ok brand ni..amat best :lol: Ok ini adalah gambar lipstick Rare Exotic Semi-Matte Limited Edition::

 

Cantikkan Color Lipstick ni

Rare Exotic

Ini bukan bibir aku ok hehe

So korang-korang semua boleh lah try color lipstick ni. Bagi yang berminat la sebab tidak semua orang suka color-color macam ni.. Setakat ini sahaja untuk dikongsi bersama…tata titi tutu

Salam sayang,

Signature

 

 

 

 

Facebook Twitter

Thank You DIGI Merealisasikan Impian Kami

August10

Salam ramadhan semua dan selamat pagi…

Mungkin ada yang ternanti-nanti dengan status aku di Facebook kelmarin kan barang apa yang kami dapat di DIGI hehehe…

Barang itu adalah jeng jeng jeng….Handphone Samsung Galaxy S II. Wahhhh!!! Syok tu hp oo. Aku suka!!! Hp ni beli di Digi, Original bukan made in China ok. Tidak main lah kalau yang second hand punya hihihi (eksen). Hp Samsung ni best. Tidak tau mau cakap macam mana best dia  :mrgreen:

Actually Hp ni sudah lama diidamkan, berbulan-bulan tau. Mula tu mau Iphone 4, lepas tu ubah lagi pegi Ipad 2, last-last buat kajian pasal Samsung (cehh! hehe) Samsung Galaxy S II best. Cari di kedai Samsung Galaxy S II ni tiada stok. Lepas tu pergi tengok di Maxis. Maxis ada tapii tidak terima kredit kad dan tengok pakejnya mahalss.. Tapi dengan penuh kesabaran kami akhirnya DIGI ada sudah stock..Itu pun Digi ada stock 10 biji coz Digi baru start jual. So kami adalah orang yang ke 5 di hari ke 2 penjualan Hp tu!!! Pakej Digi murah kalau guna kredit kad. Tu yang terus beli tu. Tiada fikir 10 kali lagi.

Kalau beza Samsung yang fisrt tu, aku nda tau. hehe..yang aku tau Samsung Galaxy S II ni best..Sangat RINGAN dan NIPIS!!! Main game lagi la syok..klu berfacebook pun siok coz screen besar tpi hp aku pun boleh bah hehe..

Untuk perhatian korang semua Hp Samsung Galaxy S II ni adalah Bukan Hak Milik Saya :cry:   Tapi adalah Hak Milik Sepenuhnya adalah My Beloved Hubby!!! Emmm Tapi Handphone dia Handphone aku juga kan :mrgreen:   Beli hp jenis begini pun coz my husband boleh tulis diary dan appointment dengan client-client dia biasalah photographer heheh. Beli hp ni pun kami sudah fikir semasak-masaknya ;-)

Sekian terima kasih. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tau tapi sekadar untuk berkongsi barang. Manatau korang tiba-tiba ada hati mau beli kan ;-) dan lagi satu bukan untuk bertanding-tanding or whatever siapa dapat beli hp canggih. Beli hp ni ada kegunaanya tapi bukan aku but my hubby ;-) .

Maaf kualiti gambar ni tidak berapa bagus. biasalah guna hp murah jeww BlackBerry hehe..

Salam Sayang,

Signature

 

 

 

Facebook Twitter

Selamat Berpuasa…

August2

“Ya Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku … Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.”

Bagi semua muslimin & muslimat. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga ramadhan ini adalah bulan yang penuh rahmat, adalah bulan yang penuh dengan keampunan dan bimbingan utk kita. Amin.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan…

Salam Sayang,

Signature

Facebook Twitter
posted under Hidayah | No Comments »
« Older Entries